24 Februari 2009

PANDUAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 Siri 4

CONTOH RANGKA KARANGAN BAHAGIAN B
Soalan
Peribadi seseorang remaja amat penting dalam menentukan kemampuannya menghadapi cabaran hidup.
Beri pendapat anda tentang faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan peribadi seseorang remaja.

Rangka Karangan
Pengenalan :
Menurut ahli psikologi yang terkenal Norm Chomsky, alam remaja merupakan alam
transisi daripada alam kanak-kanak ke alam dewasa.
- berlaku perubahan fizikal dan tingkah laku.
- remaja cuba membentuk peribadi dan personaliti masing-masing.
- peribadi berkait dengan cabaran mengemudikan hidup
- terdapat pelbagai faktor yang turut mempengaruhi hal tersebut.
Isi 1: Keluarga mempunyai pengaruh yang besar.
- alam kehidupan remaja bermula dari sebuah keluarga.
- ibu bapa mampu mencorakkan anak-anak yang diibaratkan seperti kain putih.
- sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia akan dapat membentuk anak-anak yang berperibadi mulia
- bertanggungjawab,bersopan dan saling menghormati satu sama lain.
- keluarga yang pincang pula akan mempengaruhi remaja dari sudut yang negatif.
- bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
- ibu bapa sebagai ketua keluarga perlu menerapkan nilai-nilai positif dalam diri anak- anak
- anak-anak akan membesar dengan peribadi mulia.
Isi 2: Rakan sebaya juga boleh mempengaruhi perkembangan peribadi remaja.
- Lumrah remaja untuk berkawan.
- memilih rakan yang boleh dipercayai.
- berkongsi masalah dan rahsia.
- terikut-ikut akan perlakuan rakan.
- jika rakan baik – peribadi remaja juga akan baik.
- jika terpilih rakan yang negatif, mereka akan membentuk peribadi yang negatif.
- ibu bapa perlu peka akan perubahan pada anak- anak.
- sayangkan anak, tangan-tangankan – perlu tahu latar belakang anak-anak mereka.

Isi 3 : Masyarakat
- masyarakat positif dapat membentuk semangat perpaduan, saling menghormati,
- perlakuan masyarakat akan dilihat dan diperhatikan oleh remaja.
- jika setiap ahli masyarakat saling bertolak-ansur dan menunjukkan sikap toleransi,remajaakan meniru dan mengamalkannya.
- jika sebaliknya, remaja memerhatikan masyarakat sekelilingnya bersikap negatif, maka sikap negatif itulah yang akan menjadi amalan, seterusnya mempengaruhi peribadi remaja itu dan kehidupannya.
Isi 4: Agama merupakan elemen utama dalam pembentukan peribadi seseorang remaja.
- agama membimbing setiap orang ke jalan yang benar.
- agama memandu insan pada batasan kebenaran.
- remaja yang terdidik dengan asuhan agama yang kukuh akan memperlihatkan peribadi murni yang selaras dengan ajaran agama.
- ketika ini, kita lihat banyak remaja yang runtuh akhlak dan peribadi disebabkan mereka telah menyimpang jauh daripada ajaran agama masing-masing.

Isi 5: Media massa
- Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri membuat pernyataan menyelar rancangan realiti tv yang berunsur negatif dan pernyataan beliau adalah sesuatu yang berasas.
- pada zaman ini, media massa begitu berpengaruh dalam kehidupan remaja.
- kajian yang dijalankan mendapati bahawa purata masa menonton tv dalam kalangan remaja negara ini ialah 40 jam satu minggu.
- masa yang begitu panjang sudah pasti mampu mendatangkan kesan kepada remaja.
- remaja meniru sesuatu yang kebaratan kerana kebanyakan rancangan yang ditonton remaja pada masa ini lebih menonjolkan budaya yang negatif.

Kesimpulan :
- remaja aset penting negara.
- perlu usaha secara kolektif untuk membentuk remaja yang positif.
- pendedahan pelbagai perkara positif perlu sejak kecil- melentur buluh biar dari rebung.
- asuhan yang betul hendaklah diberikan kepada mereka.
- mereka akan dewasa sebagai pemuda dan pemudi harapan bangsa dan negara.
(c) cikgumie

Tiada ulasan: