13 April 2009

IMBAUAN MRSM KERTEH 1987-1990 - 2

Salam buat semua bekas guru dan pelajar MRSM Kerteh!
Saya menerima ulasan daripada 2 orang bekas pelajar saya - Iziludin Hj Endut dan Anita Akmar Kamaruzzaman (jika tak silap ingatan saya). Saya masih dapat membayangkan gaya Anita dengan cermin matanya! Terharu! Terima kasih atas ingatan anda semua.

Kulit luar 'TERAS' majalah MRSM Kerteh keluaran 1990

Dulu saya ada menerima undangan majlis 'reunion' yang diadakan oleh kumpulan pertama (87-89) di Menara Kuala Lumpur. Undangan dibuat oleh Shamsul Azhar Zamani. Namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya tidak dapat menghadirinya. Saya juga ada berhubung dengan Kieran HotFM (Maskiran Jakiran) pelajar kumpulan kedua MRSM Kerteh 88-89.

Bersama dengan rumah RELA dalam kejohanan sukan kali pertama - 1987

Sukan MRSM Kerteh berlangsung di padang SK Kerteh. Sungguh meriah dengan empat buah rumah bertanding merebut kejuaraan- MARA,RELA,SEDIA dan MAJU ( MRSM). Saya tidak ingat rumah yang menjadi juara. Yang saya ingat Rumah RELA jadi naib johan.

9 ulasan:

Unknown berkata...

salam cikgu, hehe, saya shukri, KTH 88-90, anak sepupu arwah ustazah anisah. kudin nyior yg promot blog cikgu.

Cikgu Shuhaimi berkata...

terima kasih shukri. saya ingat-ingat lupa. shukri ni dulu rambut keriting kan? shukri jusoh? tq kerana kerana hubungi saya.

Aku... CikSekut berkata...

salam cikgu, saya rozi(88-90)... budak pendiam yg gila melukis :) ainorkhillah yg promote blog cikgu ni. Maaf saya tak ingat nama cikgu... *aduh malunya*

saya tgk pic yg cikgu letak tu rasa mcm nak menangis pun ada. rindu semua kenangan masa tu. Buku teras tu masih saya simpan sampai skrg... mungkin orang tak ingat saya antara org yg jayakan buku teras tu, especially bab bab lukisan.

saya masih terlibat dalam arts but saya juga terlibat dalam pembikinan buku... tak boleh lari :)

Tanpa Nama berkata...

waduh2... yg et tau..
ayah nsem ar dulu...
hehehehe... (",)
kawaiii ne....blh jadi blog reunion between x-student n cikgu...
hurm... yerla.. hubungan silaturrahim kena kekalkan... bagus3

my little family / kaftanbatik berkata...

banyaknya gambar2 kenangan masa kat MRSM Kerteh yg cikgu simpan. menggamit nostalgia sungguh tau. Saya rasa, saya dr rumah Rela.

Lupa nk bgtau, saya dpt blog cikgu dari yahoo group. :-)

anita kema berkata...

salam cikgu,
sekarang saya dah tak pakai dah spek mata besar gedabak tu... dah comey dah sikit. hahahaha.... Kalau cikgu terharu, saya ni kembang kempis punya bangga cikgu masih ingat saya. Semoga silaturrahim ini berpanjangan hendaknya.

ppokoyo berkata...

salam...
saya rizaimi kelas J, kumpulan pertama, cikgu mungkin tak ingat saya sebab cikgu bm saya cikgu adib
tak sengaja pulak terbukak blog cikgu ni, tujuan sebenar nak cari maklumat sambutan hari guru
wah.. masih bersemangat ye cikgu
bila tengok gambar yang cikgu attach tu rasa syahdu plak,
saya tak cam pun gambar terbaru cikgu tu, tapi bila tengok gambar lama terus aje ingat

ppokoyo berkata...

sekali lagi,

kali terakhir saya jumpa cikgu kerteh ialah ustazah kesayangan ramai (ustazah anisah) kar mrsm KT (thn 2000), cikgu adib pun ada disitu tp tak sempat jumpa
tiap kali lalu kerteh, bila terpandang bangunan asrama tu rasa semacam aje, walaupun warna dah berubah tp sejarahnya masih sama

my little family / kaftanbatik berkata...

rOZI, kau ni ingat sorang je cikgu kt situ..hahahah (aku gurau jek ekk)

tp sy salute cikgu sbb leh ingat kat kami semua..saya sdri pun ingat2 lupa tau.. hehehe..

Ayu 51:88 (no maktab ni...heheheh)