10 April 2009

PANDUAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 Siri 23

BAHAN UNTUK PENULISAN KARANGAN
sumber:http://mindasasterabahasa.blogspot.com/

KEPENTINGAN BUDI BAHASA DALAM KEHIDUPAN

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata :“Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya intelek tetapi kayaDengan sikap berbudi bahasa”Salam perpaduan bertatahkan intan kemesraan saya ucapkan kepada Tuan PenerajuMajlis, barisan panel juri nan bijak bestari, penjaga masa yang setia dengan detikwaktunya, dan seterusnya kulasentana dewan yang ceria di hati tinggi pekerti.Kulawarga dewan yang saya muliakan,Mauduk pidato yang akan saya sampaikan ialah “Kepentingan Budi Bahasa DalamKehidupan”. Budi bahasa didefinisikan kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dantatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baikterhadap orang lain sebagai peribadi maupun pergaulan masyarakat terangkum dalamkonsep budi bahasa.Budi bahasa merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segalatindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yangdikehendaki dalam masyarakat. Budi bahasa ini penting untuk melahirkan insan yangmulia, unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional Negara kea rah wawasan 2020.Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar disekoleh-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilaimurni dalam kehidupan mereka.Kulawangsa dewan penggerak wawasan,Lontaran idea pertama, nilai budi bahasa penting dalam kehidupan untuk melahirkaninsan yang berakhlak mulia.Penerapan nilai budi bahasa yang kukuh akan melahirkanummah yang berakhlak mulia. Iman al-Ghazali mengatakan “apabila kamu hendakmengenali wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak mengenali diri lihatlahpada wajah”. Kata-kata tersebut mengambarkan betapa keperibadian dan akhlak muliamenjadi tali pengukur kepada setiap individu. Sesungguhnya berakhlak mulia amatdituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapatmembentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kini,bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang, jika tidak diterapkan dengan nilainilaibudi bahasa sejak di bangku sekolah nescaya mereka akan menjadi generasi yangakan merugikan negara pada masa kelak. Ingatlah bahawa falsafah hidup yangbertunjangkan budi bahasa pada diri akan mencerminkan susana kehidupan yang harmonidi Malaysia.Kulasentana dewan, kluster ilmuan,Lontaran idea kedua, nilai-nilai budi bahsa penting dalam kehidupan untuk membentukmasyarakat yang taat dan takwa kepada pencipta serta bepegang teguh kepada ajaranagama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan syumul yang sentiasa patuhkepada Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai berbudibahasa yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak.Insan yang beragama akan menjadi insan yang bertanggungjawab, beriman, dan tahubersyukur. Tambahan pula, nilai budi bahasa yang berpaksikan agama penting untukmembentuk masyarakat yang bersatu padu agar kita tidak diibaratkan umpama kambingkecil, meretak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi.Intihanya, nilai budi bahasa amat penting dalam kehidupan kita yang kian sarat diasakoleh pelbagai permasalahan sosial pada hari ini. Profesor DiRaja, Ungku Aziz berkata,“Malaysia yang aman dan damai akan lenyap dalam sedikit masa jika rakyatnya tidakbermoral dan nilai budi bahasa yang kian terhakis dari jiwa mereka”.

2 ulasan:

Yih Jeng berkata...

Cikgu mie. Manakah saya boleh dapatkan jawapan untuk latihan di dalam blog ini? Saya baru dapati adanya blog ini.Oleh itu, saya mulakan latihan daripada siri pertama tu. Tapi mana jawapannya?
Ataupun selepas siap, hantar e-mel kepada cikgu atau cara lain ?

Yih Jeng berkata...

Harap cikgu boleh balas saya melalui e-mel volcanowizard@hotmail.com ataupun di sini juga boleh. Terima Kasih.