Isteri saya dan rakan-rakan pengurusannya di Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai, Bukit Mertajam telah menghadiri Latihan Eksekutif Cara ESQ 165 Angkatan 11 Pulau Pinang yang diadakan di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Bukit Mertajam dari 6-8 Mac 2009.
Latihan Cara ESQ 165 atau ESQ Way 165 ini yang diasaskan oleh Dr Ary Ginanjar Agustian, merupakan modul latihan kepimpinan dan pembangunan manusia yang menggabungkan kecerdasan intelek, emosi dan spiritual berdasarkan 1 Ihsan, 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam bersumberkan hadis Rasulullah, berhubung dengan persoalan malaikat Jibril tentang iman, Islam dan Ihsan. ESQ 165 diibaratkan sebagai pembuka hubungan rahsia dalam dunia profesionalisme dan pengurusan moden yang memperlihatkan aspek-aspek ini ada hubung kait dengan dasar Islam iaitu nilai keislaman, Rukun Islam dan Rukun Iman . Gagasan yang diperkenalkan Dr Ary ini menjadi paradigma dalam pembangunan modal insan yang menggabungkan sains, sufisme, psikologi dan pengurusan.
Menurut isteri, air mata begitu mudah untuk mengalir keluar sepanjang tiga hari menghadiri latihan. Air mata gugur tidak dapat ditahan-tahan lagi. Modul kepimpinan yang menggambarkan kehebatan ciptaan Allah swt dan mengaitkan keampuhan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin unggul ini cukup meruntun jiwa dan menyentuh perasaan. Panar mereka apabila didedahkan tentang kecilnya diri kita dalam alam ciptaan Yang Maha Esa ni. Modul ini menyedarkan kita akan kelalaian kita selama ini yang kurang menyerlahkan rasa bersyukur dengan kebesaran Allah, Tuhan Sekelian Alam.
ESQ 165 merupakan suatu program pencerminan jati diri seseorang untuk mengenali siapa dirinya, siapa Tuhannya, bagaimana pelaksanaan tanggungjawab dan sebagainya dan ke mana akan dibawa dirinya dalam hidup ini. Dengan ESQ 165 mudah-mudahan manusia dapat menemukan tujuan hidupnya dan akan mendapat kehidupan yang lebih baik, baik di dunia mahupun insya-Allah di akhirat kelak. ESQ 165 ini membantu kita menerobos ruang mencari jawapan kepada pelbagai persoalan yang sering bermain dalam diri....pencarian tentang kebenaran;tentang siapa diri kita yang sebenar. Setiap slot memberi gambaran yang berlainan.. seronok, sedih, bersemangat, insaf, gerun, dan pelbagai perasaan menyapa. Antara slot yang menyentuh hati ialah tentang kisah nabi-nabi terdahulu mencari kebenaran. Kisah bermula dengan Nabi Ibrahim a.s. Betapa digambarkan seorang hamba mencari diri di sebalik alam yang terhampar dan terbentang luas. Setelah menemukan kebenaran, baginda sujud menyembah Tuhan Yang Maha Esa.
Antara budaya ESQ 165 adalah Salam Semut, Senyum Simetri, Satria ESQ dan lagu Demi Matahari (saya yang tidak menghadiri latihan sebegini tertanya-tanya tentang ini semua) ...... Allah Subhanallah...!!! Allah Subhanallah...!!! Bergema lagu Demi Matahari dalam kursus tersebut. Isteri menyatakan bahawa lagu tersebut mampu meleburkan jiwa yang angkuh, hati yang keras dan rasa bangga diri yang tidak menentu. (saya perturunkan lirik lagu Demi Matahari oleh kumpulan Snada beserta pautan untuk memuat turun lagu tersebut)
Saya merafakkan doa dan meletakkan harapan untuk turut serta dalam latihan ESQ 165 ini. Insya-Allah Demi Matahari
(Snada)
Album : Di Pintu Langit
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ...Subhanallah
Ciptaan : M. Lukman Nunasyim
Sumber: Ayat Qurat Surah Asy-Syamsy
Gubahan Muzik : Ari Wibowo
Pengarah Vokal: Erwin Yahya/Ikhsan Nur Ramadhan
Muat Turun Lagu:
DR ARY GINANJAR AGUSTIAN
Memiliki pengalaman luas dalam menangani cabaran dan saingan.
Kepakaran beliau dalam latihan sumber manusia diiktiraf hingga sering muncul sebagai jurulatih utama dalam bidang ini.
Berkelulusan dari Universiti Udayana, Bali dan Tafe College di Adelaide, Australia, Dr Ary pernah menghasilkan buku berjudul 'ESQ, Rahsia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritua'l dan 'Rahasia Sukses Membangkitkan ESQ Power'.
Penerima anugerah 'The Most Powerful People and Ideas in Business' pada 2004 dari majalah SWA serta 'Seven Agents of Change' pada 2005 di Indonesia.
Sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Kepakaran ICMI (Persatuan Muslim Intelektual Indonesia), Dr Ary mendalami ilmu Islam menggunakan kaedah 'pemikiran bebas' selama 10 tahun di bawah bimbingan bekas Ketua Majlis Ulama Indonesia, H S Habib Adnan.
Menduduki jawatan Pengarah Presiden PT Arga Bangun Bangsa dan juga Pengasas Pusat Kepimpinan ESQ
Engkau bisa mencintai orang lain tanpa memimpin mereka,
tetapi engkau tidak bisa memimpin orang lain tanpa mencintai mereka...
Kesuksesan ditentukan oleh ukuran pemikiran dan cita-cita.
Bercita-citalah setinggi-tingginya dan ingatlah Allah yang Maha Tinggi.
Tidak ada istilah yang kecil.
Semua sama di mata Allah sebagai khalifah di muka bumi...
Anda harus senang ketika berjumpa dengan orang lain, kalau Anda mengharapkan mereka senang bertemu dengan Anda.
Dan cara termudah untuk membuat orang senang ketika berjumpa dengan Anda adalah TERSENYUM.
Senyum Anda merupakan utusan dari niat baik Anda.
Senyum
Anda membuat cemerlang kehidupan mereka semua yang memandangnya karena mereka telah melihat selusin manusia yang mengerutkan dahi, merengut atau memalingkan wajah...
Salam165,-Ary Ginanjar-
PANDANGAN DR ARY GINANJAR AGUSTIAN
(sumber: www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Xy/20090228092631/Article/
Mengapa perlu ada latihan yang menerapkan unsur kecerdasan spiritual untuk individu, organisasi dan juga masyarakat secara keseluruhannya?
Selama ini, kebanyakan pengurusan dan pembangunan sumber manusia lebih menekankan kecerdasan intelektual saja. Untuk menghadapi cabaran dunia masa kini, kecerdasan intelektual saja tidak mencukupi. Kita perlu mantapkan kecerdasan emosi yang banyak berteras persoalan 'what do I feel' . Penekanan terhadap kecerdasan emosi mampu melahirkan individu yang hebat tapi apabila mereka berdepan dengan masalah besar, kebanyakannya kecundang. Dari situ, pengkaji menemukan sebuah lagi kecerdasan yang diperlukan untuk mengatasi kekurangan ini. Ini ialah tumpuan kepada satu lagi kecerdasan fungsi otak ketiga, iaitu manusia terus mencari makna kehidupan, untuk apa mereka hidup dan untuk apa mereka bekerja. Ini yang disebut kecerdasan spiritual. Inilah yang melengkapkan keupayaan fizikal, intelektual dan emosional.
Mengapa anda katakan kecerdasan intelektual saja tidak mencukupi?
Kajian mendapati, pengaruh kecerdasan intelektual (IQ) tidak lebih daripada 20 peratus daripada kejayaan seseorang. Selebihnya dipengaruhi kecerdasan lain. Kebanyakan individu yang sudah berada pada tahap berjaya dari segi material berasa diri mereka terbelenggu dan masih tidak mendapat makna sebenar kehidupan mereka.Mentaliti yang membelenggu manusia selama ini, cuma mengutamakan kecerdasan intelektual, membuatkan dunia ini seolah-olah terbahagi kepada dua. Sebahagian manusia hidupnya berorientasikan material saja dan tidak mengambil berat hal akhirat manakala sebahagian lagi cuma berfokus kepada ketuhanan saja tapi tidak berjaya dalam soal keduniaan. Tumpuan yang diberi kepada keperluan kecerdasan intelektual saja membuatkan wujudnya jenayah, penyelewengan dan rasuah kerana manusia begini mudah dipengaruhi unsur lain dan menyalahguna kebijaksanaan yang dimiliki. Mereka yang berorientasikan kecerdasan intelektual semata-mata selalunya tidak tahu bagaimana hendak memanfaatkan kelebihan mereka itu. Perkara ini yang ingin diajar menerusi model ESQ 165 ini. adalah menggabungkan ketiga-tiga kecerdasan ini-intelektual, emosional dan spiritual. Ketiga-tiganya tidak dapat dipisahkan. Semua ini perlu digabungkan dan saling menyokong antara satu sama lain dalam memacu seseorang mencapai kejayaan.
Kadangkala motivasi yang diperoleh daripada sesebuah program latihan hanya bertahan untuk sesuatu tempoh saja. Kemudian, seseorang individu akan kembali kepada tabiat lama mereka. Bagaimana hendak mengekalkan motivasi yang diperoleh?
Latihan ESQ adalah latihan yang berterusan. Apa-apa yang diperoleh dalam latihan ESQ biasanya akan menjadi (ritual) amalan peserta. Elemen yang diterapkan dalam modul ini banyak berhubung dengan unsur ketuhanan seperti Asma'ul Husna dan sebagainya. Jadi, jiwa kita akan lebih tenang dan semakin hari diri kita akan bertambah baik. Apa yang menyebabkan sesetengah daripada kita tidak dapat mengekalkan motivasi yang diperoleh adalah kerana elemen ritual ini diasingkan daripada motivasi untuk mencapai kejayaan. Bimbingan untuk mencapai kejayaan dunia dan kejayaan akhirat diasingkan. Tapi, dalam ESQ, kedua-dua bimbingan ini digabungkan untuk melahirkan manusia hebat. Selain itu, program yang disediakan untuk alumni ESQ (mereka yang pernah menghadiri latihan ESQ) juga diadakan sebagai cara memperbaharui (recharge) motivasi yang ada.
Sejauh mana perlunya aplikasi latihan seperti ESQ ini bagi organisasi menghadapi kemelut kesuraman ekonomi seperti yang dihadapi dunia hari ini?
Apabila bercakap mengenai pengurusan organisasi, dua perkara yang berkaitan adalah manusia dan kaedah. Dari segi manusia, jika selama ini mereka hanya berteraskan pemikiran intelektual, rata-ratanya tidak bersedia berdepan dengan krisis. Pihak pengurusan pula tidak mampu menguruskan sumber manusia dengan baik apabila berdepan dengan krisis. Contoh yang boleh menggambarkan perkara ini adalah organisasi perniagaan yang dari negara kuasa besar, lumpuh begitu saja apabila berlakunya krisis ekonomi. Perkara ini berlaku mungkin kerana kecerdasan emosional tidak pernah dititik beratkan baik di sekolah ataupun universiti yang mana kebanyakannya lebih mementingkan kecerdasan intelektual. Selepas menghadapi masalah ekonomi seperti sekarang ini, barulah dunia mula membuka mata bahawa kecerdasan intelektual semata-mata tidak mencukupi.
Bagaimana kecerdasan emosional dan spiritual dapat membantu seseorang individu atau organisasi?
Mereka yang memiliki kecerdasan emosional mampu mengawal emosi mereka ketika berdepan dengan cabaran kehidupan, kerjaya dan ekonomi. Mereka yang memiliki kecerdasan spiritual pula mampu menemukan makna sebenar pekerjaan mereka. Banyak tekanan dihadapi rata-rata pekerja masa kini adalah kerana dunia pekerjaan mereka mempraktikkan ilmu pengurusan yang lebih banyak mengutamakan sasaran syarikat, berbanding sasaran diri mereka. Pendekatan pengurusan sedia ada secara tidak langsung mewujudkan jurang antara pihak pengurusan dan juga pekerja. Kaedah pengurusan untuk dunia dan kaedah pengurusan akhirat juga dipisahkan. Kita harus sedar, manusia bukan hanya tubuh fizikal, tapi juga spiritual. Oleh itu, kita memerlukan model yang menggabungkan pengurusan menerusi spiritual, emosional dan intelektual. Kecerdasan emosional yang dimaksudkan ini adalah kemampuan untuk merasai perasaan orang lain dan kemudian menjadikan pengetahuan itu sebagai maklumat penting untuk mengambil tindakan. Ini yang boleh dipraktikkan pengurusan sesebuah organisasi.
Adakah wujud sebarang cabaran dalam menyampaikan latihan ESQ kepada peserta yang mengikutinya?
Dalam memberi bimbingan dan latihan ESQ ini, antara cabaran utama yang dihadapi adalah cara pemikiran peserta yang mengikuti latihan. Rata-ratanya sudah diterapkan dengan pemikiran yang membezakan soal agama dan dunia.Mana tidaknya, selama ini kita sudah dipupuk dengan konsep merujuk kepada Barat dalam kebanyakan perkara dalam kehidupan termasuk soal ekonomi dan sebagainya. Cukup mencabar untuk membuatkan peserta menukar cara pemikiran mereka dan menggabungkan kedua-dua soal dunia dan agama kepada satu.
MENGAPA DINAMAKAN 165
Jika 65 saja tanpa 1
Orang yang percaya pada Allah (Rukun Iman), melaksanakan solat dan puasa (Rukun Islam) tetapi tidak melaksanakan Nilai Dasar (Ihsan)
Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik. (Al Hasyr - 19)
Jika 5 saja tanpa 16
Seorang yang terkadang solat, puasa, haji (Rukun Islam), tapi hatinya mengingkari, tidak ada iman (Rukun Iman) dan tidak mahu berbuat kebaikan (Ihsan)
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. (An Nisaa’ - 142)
Jika 1 saja tanpa 65
Orang yang berbuat kebaikan (menolong, membantu, jujur, bertanggungjawab), tetapi tidak beriman kepada Allah (Rukun Iman) dan tidak melaksanakan solat (Rukun Islam).
Dan orang-orang yang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh-orang-orang yang dahaga, tetapi apabila didatanginya air itu ia tidak mendapatinya sesuatu apapun. Dan didapatinya (ketetapan) Allah di sisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah sangat cepat perhitunganNya. (An Nuur - 39)
Jika 16 saja tanpa 5
Orang yang berbuat baik menolong, membantu, jujur, tanggung jawab (Ihsan), percaya adanya Allah (Rukun Iman), tapi tidak solat, zakat, puasa, dll (tidak melaksanakan Rukun Islam).
Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang mensia-siakan dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan. (Maryam - 59)
Jika 15 saja tanpa 6
Orang yang berbuat baik menolong, membantu, jujur, tanggung jawab (Ihsan), melakukan solat, zakat, puasa, dll (Rukun Islam), namun tidak beriman kepada Allah (tidak melaksanakan Rukun Iman).Orang-orang Arab Badwi itu berkata: “Kami telah beriman”. Katakanlah (kepada mereka): “Kamu belum beriman”, tetapi katakanlah: “Kami telah tunduk”, karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya, Dia tiada akan mengurangi sedikitpun (pahala) amalanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Hujuraat - 14)
Jika Tiada 165
Orang yang tidak berbuat kebaikan (Ihsan), tidak beriman kepada Allah (Rukun Iman) dan tidak melaksanakan solat, zakat, puasa, dll (Rukun Islam).
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A’raaf - 179)
1 ulasan:
Assalamu'alaikum...
Buat julung kalinya dibawakan ke Malaysia !
ESQ Parenting Seminar
"Better Parenting for a Better World"
Pada 10/10/10 (Ahad)
di SACC, Shah Alam
akan dibawakan khas oleh Pengasas Model ESQ, Dr.(H.C.) Ary Ginanjar Agustian..
(Penerima pelbagai anugerah dalam bidang pembangunan dan pembentukan karakter)
Harga : RM740
Promosi : RM1180 utk suami&isteri (2 org) - terhad hanya untuk pasangan sahaja
Untuk : Ibu, bapa, bakal ibu, bakal bapa, pendidik dan mereka yang berumur 18 tahun keatas dan yang ingin mengenali dan mengeluarkan potensi fitrah manusia yang luar biasa.
Apa yang akan anda dapati dari seminar ini ialah :
(i.) Fahami peranan & tanggungjawab sebenar sebagai ibubapa yang menjadi faktor utama pembentukan dan perkembangan personaliti anak.
(ii.) Ketahui bagaimana cara untuk mendorong kecemerlangan karakter & potensi diri anak yang mungkin selama ini tanpa disedari kita telah menghalang anugerah Yang Maha Esa ini pada mereka.
(iii.) Pendidikan anak tidak cukup hanya sekadar intelektual, maka singkaplah bagaimana cara untuk mencemerlangkan sumber emosi dan spiritual anak
(iv.) Penyatuan perbezaan pasangan dalam mendidik anak.
''Berikan yang terbaik buat permata hati.. Ibubapa cemerlang dambaan setiap insan''
Untuk pendaftaran dan informasi lebih lanjut tentang training ESQ, sila hubungi ESQ di talian: (03) 7728 1650 / 7725 1651,
Terima kasih.
Wassalam..
Catat Ulasan