29 Mac 2009

TERIMA KASIH MRSM TAWAU !

Terima kasih saya ucapkan kepada:
Pengetua MRSM Tawau ( Encik Wan Abd Ghani)
Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik (Encik Sulaiman)
Ketua Jabatan Bahasa MRSM Tawau (Puan Razimah)
Ketua Jabatan Sains Sosial MRSM Tawau (Encik Afendi)
Guru Kanan Bahasa Melayu (Encik Wan Azmil)
dan guru-guru Bahasa Melayu MRSM Tawau yang telah mengundang saya untuk menyampaikan ceramah teknik menjawab Kertas 2 Bahasa Melayu SPM. Sambutan yang diberikan oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 terhadap program yang diadakan pada 28 Mac 2009 itu amat memberangsangkan. Keramahan pelajar menyenangkan hati kami.Terima kasih sekali lagi kepada Encik Afendi dan Puan Razimah (suami isteri) yang sanggup meluangkan masa melayan kami berdua (isteri) semasa di Tawau termasuk menghantar kami ke lapangan terbang. Budi anda berdua tetap kami kenang. Semoga kelahiran anak sulung nanti memberikan rezeki yang lebih dan berkat. Salam dan doa tulus daripada kami berdua. Amin.
Terima kasih kepada Cikgu Wan Azmil atas kiriman gambar-gambar ini.
(c) cikgumie

2 ulasan:

Nur Ema berkata...

Terima kasih jgk kepada ckgu shuhaimi kerana sudi dtg ke skolah kami... ^_^
Tapi ari 2 x sempat nak menuntut ilmu byk2 dari ckgu.. hehehe

Najib's Family berkata...

salam....

saya mencari kawan lama saya.. Razimah Ramly, orang negeri Sembilan... x silap saya .. perempuan berbaju merah.. dan mengandung tu.. adalah dia... kalau betul... boleh bgtau saya mcm maner nak contact dia?... boleh email saya di norainihusin@utem.edu.my

terima kasih.