16 Mac 2009

NOTA NOVEL BAHASA MELAYU SPM Siri 1

PANDUAN MENJAWAB SOALAN 4 - NOVEL
1. Soalan Novel merupakan Soalan 4 dalam Kertas 2 Bahasa Melayu SPM. Markah yang diperuntukkan untuk soalan ini ialah 15 markah dan soalan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu (a) dan (b).

2. Jawapan untuk soalan ini dinyatakan dalam bentuk esei berperenggan. Jawapan adalah berupa persembahan calon dengan berdasarkan 1 atau 2 novel yang dipilih daripada 8 buah novel yang ditetapkan untuk tujuan kajian dalam Komponen Kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu (KOMSAS) yang digunakan dari 2001 hingga 2009. Mulai 2010, pelajar-tingkatan 4 akan menggunakan novel baharu.
8 buah novel itu ialah:
a . Perlumbaan Kedua - Marwilis Haji Yusofb . Di Hadapan Pulau - A. Samad Said c . Terminal Tiga - Othman Puteh
d . Bukit Kepong - Ismail Johari e . Julia - Abu Hassan Morad f . Konserto Terakhir - Abdullah Hussain g . Putera Gunung Tahan - Ishak Haji Muhammad h. Seteguh Karang - Tuan Faridah Syed Abdullah 3. Calon perlu menguasai aspek kajian sastera, aspek kemahiran berfikir, aspek mengemukakan hujah dan aspek mengarang untuk menghasilkan jawapan yang lengkap. Dengan ini calon sudah pasti akan mengemukakan jawapan yang menepati kehendak soalan.
4. Jawapan tidak dikemukakan dalam bentuk poin.
5. Pelajar perlu mengemukakan jawapan sekitar 100-200 patah perkataan bagi setiap soalan.
6. Setiap pernyataan yang diberi, dihuraikan selengkapnya beserta contoh yang konkrit daripada novel yang dikaji
7. Jawapan yang dikemukakan bebas daripada sebarang kesalahan tatabahasa. Bahasa amat dititikberatkan seperti dalam Karangan ( Kertas 1 ).
8. Masa lebih kurang 15-20 minit perlu diperuntukkan oleh calon untuk menjawab soalan bahagian ini.
(c) cikgumie

Tiada ulasan: