03 Mac 2009

PUISI TRADISIONAL BAHASA MELAYU SPM SIri 1

SELOKA PAK KADUK

Maksud Seloka
Pak Kaduk bernasib malang kerana:
- kampungnya tergadai walaupun ayamnya menang sabung dengan ayam raja
(kerana tidak sedar akan kebodohannya menukarkan ayamnya dengan ayam raja)

-pulang dalam keadaan kebuluran (kerana nasi yang dibawa dibuang)

- tidak dapat belayar dengan betul dan sempurna/hajat ingin belayar tidak kesampaian
(sewaktu ingin belayar ke hulu sungai, keadaan air sedang surut)
(sewaktu ingin belayar ke hilir, keadaan air sedang pasang)
(ingin belayar, angin tidak bertiup)
(apabila sauh dilabuhkan, angin bertiup)

-hampir mati tidak makan
(kerana tidak pandai memasak akibat kebodohannya membunuh isteri )

-menumpang di rumah orang lain,walaupun mempunyai rumah
(terpaksa mengharapkan belas kasihan orang ramai)

Tema
Kebodohan
-ketidamampuan berfikir dengan rasional
-bertindak melakukan sesuatu tanpa berfikir
-kebodohan boleh mengakibatkan nasib malang
Persoalan
-Ketidakmampuan memanfaatkan akal fikiran
-Pembaziran akan mendatangkan masalah
-Sikap terburu akan membawa padah
-Ketidakarifan terhadap kejadian alam
-Kesan melakukan kerja yang sia-sia
-Kezaliman terhadap golongan yang lemah
Nilai
-Kebijaksanaan
-Kerasionalan
-Berhati-hati
-Berjimat-cermat
-Kasih sayang
-Kejujuran
-Keadilan
Pengajaran
-Kita perlu menggunakan akal fikiran/ berfikir secara rasional sebelum bertindak
-Kita perlu mengelakkan diri daripada bersikap zalim
-Kita hendaklah menghindarkan diri daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kebiasaan
-Kita hendaklah bersederhana/ berjimat cermat dengan rezeki kurniaan Allah
-Kita hendaklah menyayangi insan yang lain
-Kita hendaklah menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah Allah

(c) cikgumie

1 ulasan:

Chiisai Amethyst berkata...

assalamualaikum...sy adalah pljr ting .4 thn ni... Sy ingin menanyakan kpd ckgu... samada ckgu tau x maksud bg stp rangkap sloka pak kaduk??? Klu ade, bolehkah x ckgu email kan mksud tu pd sy??
Email sy: mizah_tsukamoto@yahoo.com
Sy mmerlukan mksud tsebut utk mnyiapkan powerpoint sy...Harap klu x mbebankan, sy ingin mminta ptolongan ckgu...