15 Mac 2009

PANDUAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 Siri 7

KATA-KATA HIKMAT YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM KARANGAN
sumber: Cikgu Zulkarnain (SMK Sacred Heart Sibu)
dipetik daripada : Cikgu Idris Saleh http://bmmaya.blogspot.com/

01. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77) 06. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)
07. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
08. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)
09. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
10. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
11. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
12. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
13. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)
14. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
15. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
16. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)
17. Kekitaan yang erat tiada yang berat. 18. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
19. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
20. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
21. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

9 ulasan:

masrianah berkata...

best lah laman nie..e2 je yang blh nak di kate...........

Novelis Hidayah berkata...

wahhh!! bestnya..sye b'tmbah suka ngan BM..
hoho..
hmm, ada tak ayat bombastik yg pelajar boleh guna time exam nanti?

Rabiatu Adam berkata...

lamam web yg bermanfaat...macam2 ada......thanks & syukran jazilan.

HidayaM berkata...

aSSALAMUALAIKUM CIKGU. SAYA AMIK AYAT2 CIKGU YE KIRANYA CREDITKAN KPD CIKGU. UTK SAYA SHAREKAN KPD KWN2 SAYA. BOLEH KAN ?

~Rain~ berkata...

power... la ayt yg ne..
gerenti A+ bm aq.!

cunaaa berkata...

semoga apa yang telah dipelajari dari blog ini menjadi perkara yang bermanfaat semasa saya di dalam dewan peperiksaan .. amiiinnn...

Cikgu Kalsom berkata...

Salam..Mohon kebenaran share bahan. tq

Cikgu Kalsom berkata...

Salam...mohon kebenaran share bahan.tq

Unknown berkata...

Assalamualaikum...nk tanya...ada lagi x slain drpd yg nie?? Saya nk copy and print..