12 Mac 2009

SPM 2008 - MRSM TRANSKRIAN

Keputusan SPM 2008 telah selamat diumumkan pada 12 Mac 2008. SPM 2008 merupakan peperiksaan SPM kali keenam bagi MRSM Transkrian sejak beroperasi pada 1 April 2002. Sejak itu, keputusan SPM maktab sentiasa menunjukkan peningkatan.

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua 131 orang calon SPM MRSM Transkrian tahun 2008 kerana telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan pada hari Khamis lepas. Syabas kepada Nor Arinie Zainudin (kelas 5 Epsilon) yang memperoleh 10 1A. Sebagai penasihat 'homeroom' 5 Exuberant 2008, saya terharu dengan kejayaan yang diperoleh Arinie. Tahniah diucapkan kepada 10 orang pelajar yang lain yang juga memperoleh A dalam semua subjek yang diambil.


Walaupun, keputusan yang diumumkan baru-baru ini menampakkan penurunan sedikit dari segi Gred Purata Maktab (GPM) berbanding dengan GPM tahun 2007, namun saya yakin pelajar-pelajar yang akan menduduki SPM tahun ini (2009) akan menjadikan keputusan ini sebagai satu cabaran untuk berjaya dengan lebih cemerlang dan menjulang nama maktab kembali .

GPM yang diperoleh maktab dalam SPM tahun 2008 ialah 2.2637 berbanding dengan 2.1221 bagi SPM tahun 2007. Pada tahun 2007, MRSM Transkrian menduduki tangga ke-9 daripada 29 buah maktab manakala bagi tahun 2008, Transkrian menduduki tangga ke-10 daripada 34 buah maktab. Matlamat SPM MRSM Transkrian tetap tidak berubah iaitu untuk memperoleh GPM bawah 2.000 (khususnya GPM bawah 1.9000)

Prestasi subjek Bahasa Melayu mengalami penurunan di MRSM Transkrian. Setelah 2 tahun berturut-turut memperoleh keputusan 100% A bagi subjek ini, maka dalam SPM 2008 kami diuji untuk reda dan bersyukur dengan keputusan 96.9% A. Terdapat 4 orang pelajar memperoleh gred 3B. Inilah ujian Allah swt. Mesyuarat pascakeputusan akan diadakan oleh Unit Bahasa Melayu , Jabatan Bahasa untuk mengenal pasti punca-punca sebenar kemerosotan ini di samping menyusun strategi yang lebih baik untuk menghadapi SPM 2009.

Terdapat lima buah MRSM yang memperoleh keputusan 100% A untuk subjek Bahasa Melayu iaitu MRSM Langkawi, Beseri, Pendang, Pasir Salak dan Pengkalan Chepa. MRSM Langkawi dan Pasir Salak memperoleh kelulusan 100% 1A untuk Bahasa Melayu. Tahniah daripada kami. Tahniah juga kepada maktab-maktab lain .

Keputusan penuh subjek Bahasa Melayu MRSM Transkrian adalah seperti yang berikut:
Peratus lulus – 100.0%
1A – 98 orang (74.8%)
2A – 29 orang (22.1%)
3B – 4 orang ( 3.1%)
GPS -1.282

Terima kasih kepada guru-guru Bahasa Melayu MRSM Transkrian terutama kepada Puan Siti Zurhaida bt Syed Ali (Penyelaras Bahasa Melayu Tingkatan 5 2008) dan Encik Maznan bin Hj Maamor (Guru Kanan Bahasa Melayu 2008) atas usaha tidak mengenal letih dan jemu dalam memastikan kejayaan anak-anak didik kita. Marilah kita teruskan usaha yang lebih gigih untuk melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun ini
Unit Bahasa Melayu , Jabatan Bahasa, MRSM Transkrian merakamkan ucapan terima kasih kepada mantan Pengetua MRSM Transkrian , Haji Mohd Yusoff bin Hassan (kini Pengetua MRSM Bentong), Pengetua MRSM Transkrian, Encik Samsudin bin Suip, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik, Encik Shamsuri bin Mahat, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar, Puan Maimun bt Yusoff, dan Ketua Jabatan Bahasa, Encik Ahmad Kamil bin Mohd Ali atas komitmen dan sokongan padu yang ditunjukkan serta sentiasa memberikan dorongan, nasihat dan motivasi kepada guru-guru Bahasa Melayu dan pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran peperiksaan sehingga memperoleh keputusan hari ini.
(c) cikgumie

Tiada ulasan: