16 Mac 2009

IMBAUAN MRSM KERTEH 1987-1990

Ketika menelusuri laman enjin carian Google tadi, terpacul nama beberapa laman blog dan laman foto yang mengaitkan MRSM Kerteh, Kemaman, Terengganu dan beberapa orang bekas pelajarnya. Lantas saya terimbau kenangan semasa mengajar di sana dari Jun 1987 hingga Disember 1990. Kenangan sebagai guru asrama, guru ’homeroom’, guru Bahasa Melayu cuba saya masukkan dalam kotak pembayangan saya. Banyak pengalaman dan kenangan yang dikutip di sini bersama-sama dengan sahabat-sahabat baik yang masih bekerja di MRSM serata Malaysia mahupun yang telah berkhidmat dengan pihak yang lain. Pelajar-pelajar daripada kumpulan yang pertama (1987) saya kira sudah berusia 35 tahun kini. Tidak ramai yang dapat saya temukan atau ketahui lokasi mereka masa ini. ....


4 ulasan:

Iziludin Bin Endut berkata...

Assalamualaikum..

saya iziludin (kudin nyior) salah seorang yang sempat bersama cikgu di kerteh. (sampai lah ke mrsmbp). batch saya (batch 88-90) aktif di yahoogroup dan pada tahun 2005, satu perjumpaan batch kami telah diadakan dan mengumpulkan lebih 100 bekas pelajar.

terima kasih atas segal yang diberikan dan maaf diatas segala kenakalan kami.

salam dari kerteh.

anita kema berkata...

Assalamualaikum cikgu,

Saya Anita. pun salah sorang anak murid cikgu masa kat kerteh dulu, batch 88-90. Tgk gmbr cikgu kat profile, lainnya sekarang. Dulu cikgu chubby-chubby dan sgt comel. hehehe... Cikgu antara guru yg rapat dgn kitaorg dulu, selalu melayan kitaorg ni berborak. InshaAllah, maybe di masa akan datang batch kitaorg nih mungkin leh buat reunion jemput cikgu2 sekali. Cikgu rahim quite active di facebook. Till then, semoga cikgu sentiasa dilimpahi rahmatNya. Besar jasa cikgu, Allah saja yg mampu membalasnya. :D

my little family / kaftanbatik berkata...

salam cikgu,

mesti saya pun cikgu tak kenal dah..hehe.. saya Ruzita Ayu, Homeroom B dulu. Klu Anita kelas C, saya pulak kelas A dulu sekelas dengan Iziluddin dan Ismail Fahmi. :-)

Ladypss berkata...

cikgu..saya azura (87-89)..kiranya 1st batch kat kerteh..cikgu sentiasa dalam kenangan..cikgu pernah anjurkan permintaan lagu..dan pernah didik saya sebagai pembahas sekolah