09 Mac 2009

BAHASA MELAYU - UMUM - Siri 1

KESALAHAN EJAAN DALAM PENULISAN KARANGAN DAN PELBAGAI.
Cikgu Tan CL dalam blognya, http://cikgutancl.blogspot.com/ menyatakan bahawa semasa beliau menyemak karangan pelajar-pelajar, beliau mendapati bahawa mereka rata-rata melakukan kesalahan yang agak sama. Kesalahan yang dimaksudkan ialah kesalahan ejaan.

Menurut Cikgu Tan CL, kesalahan itu berlaku disebabkan beberapa faktor seperti:
-kesalahan sejak peringkat sekolah rendah
-tidak membaca karangan yang telah disemak oleh guru, terutamanya kesalahan ejaan.
-membaca buku-buku berbahasa Melayu tidak mengutamakan penggunaan ejaan yang betul
-kesalahan sari kata dalam filem, drama, dan rancangan menerusi televisyen
-guru subjek Bahasa Melayu sendiri melakukan kesalahan


Beliau telah menyenaraikan kesalahan ejaan paling popular yang sering dilakukan oleh pelajar:
KESALAHAN PEMBETULAN
-Kebanyakkan............ kebanyakan
-berkerjasama............ bekerjasama
-kadang-kala............. kadangkala
-penyalah gunaan.......penyalahgunaan
-Disamping itu............Di samping itu
-kerosakkan............... kerosakan
-anti-merokok........... antimerokok
-serious.................. serius
-terguris................... tergores
-seringkali ................ sering kali
-biadap.................... biadab
-television................ televisyen
-penguatkuasa.......... penguat kuasa
-dairi .................... diari
-barang kali.............. barangkali
-mengulangkaji......... mengulang kaji
-menyosalsiasat........ menyoal siasat
-bersatu-padu........ bersatu padu
-ibu-bapa................ ibu bapa
-pasca kemerdekaan..pascakemerdekaan

Dalam hal yang sama, kita perlu memberi perhatian terhadap kata-kata majmuk yang telah dimantapkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka untuk dieja sebagai satu perkataan justeru memberi isyarat bahawa kata majmuk yang lain dieja secara terpisah.

antarabangsa
beritahu
bumiputera
jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
olahraga
matahari
setiausaha
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara
pesuruhjaya
ubahsuai
Terdapat beberapa perkataan lain yang sering disalahejakan berdasarkan Lembar Bahasa keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.
KESALAHAN PEMBETULAN
ampangan empangan
anggrik anggerik
bharu /bahru (keadaan) baharu/baru
binte binti
buroh buruh
cendera mata cenderamata
cocok (tusuk) cucuk
cucuk (sesuai) cocok
durhaka derhaka
garuda geroda
hajjah hajah
idap (sakit) hidap
isya isyak
justru justeru
kobis kubis
kraf tangan kraftangan
kraton keraton
marhain marhaen
mastika/mustika mestika
murtabak martabak
pendita pendeta
persona pesona
pesaka pusaka
radin (gelaran) raden
raksaksa raksasa
satria/kesatria sateria/ kesateria
taugeh tauge
taukeh tauke
tauladan teladan
yaitu iaitu
zohor zuhur
disel diesel
ejensi agensi
e-mail e-mel
faksimili faksimile
fotostet fotostat
hipotisis hipotesis
hirarki hierarki
illustrasi ilustrasi
insuran insurans
jeket jaket
kastad kastard
katrij kartrij
katun kartun
kefeteria kafeteria
kimoterapi kemoterapi
komidi komedi
komisyen komisen
kondaktor konduktor
konsotium konsortium
kontrek kontrak
korum kuorum
kuartza kuarza
lanskap landskap
lebel label
letrik elektrik
lojistik logistik
odit audit
organisme organisma
pantomin pantomim
pekej pakej
pensil pensel
pesonal (kakitangan) personel
petrolium/petroliam petroleum
plan pelan
platfom platform
profail profil
profesyenal profesional
protin protein
rebet rebat
reket raket
sabsidi subsidi
sanwic sandwic
sekim skim
selinder silinder
skima skema
snoker snuker
spagetti spageti
spesis spesies
stem setem
stensel stensil
stesyen stesen
vokasyenal vokasional
yunit unit
(c) cikgumie

Tiada ulasan: