01 April 2009

SELAMAT ULANG TAHUN KE-7 MRSM TRANSKRIAN !

Hari ini, 1 April 2009 -genaplah 7 tahun Maktab Rendah Sains MARA Transkrian beroperasi secara rasmi . Tujuh tahun telah dilalui dengan penuh kesabaran, diharungi dengan penuh kecekalan, dan diladeni dengan penuh keprihatinan . Tujuh tahun kalau mengikut usia manusia, seseorang itu baru melangkah ke alam persekolahan, baru mengenal kawan dan baru mengetahui alam kehidupan yang sebenarnya. Namun, kalau dikira mengikut umur kucing, tujuh tahun bersamaan dengan 42 tahun umur manusia; satu usia yang matang. Justeru itulah yang menjadi doa dan harapan kami agar maktab ini terus maju, gemilang mendukung wawasan MARA bersandarkan slogan 'Better Than The Best'
If Better’ is expected of you, the ‘best’ is still not good enough' . Kata-kata yang mula diungkapkan oleh mantan Pengetua MRSM Transkrian, Hj Mohd Yusoff bin Hassan, akan terus tersemat sebagai pemangkin kejayaan. Justeru warga kerja maktab di bawah pimpinan pengetua kini, Encik Samsudin bin Suip berikrar akan menjadikan MRSM Transkrian sebagai sebuah institusi pendidikan yang mencipta kecemerlangan yang lebih unggul dalam kalangan yang terbaik berdasarkan kriteria dan amalan penandaarasan yang ditetapkan. Warga kerja maktab sentiasa berusaha meletakkan MRSM Transkrian pada tahap yang lebih cemerlang dan terus bersedia untuk menjulang nama maktab dalam pelbagai bidang
(c) cikgumie

3 ulasan:

Cikgu Ahmad berkata...

Assalamu'alaikum cikgu..

Minta jasa baik cikgu kalau dapat kita bertukar 'link' dengan blog saya..
www.physics4spm.com
Saya seorang bekas pelajar MRSM kuantan, dan sekarang menegendalikan pusat tuisyen fizik
di kuala lumpur. Memandangkan kerajaan bertumpu kpd bahasa inggeris, saya amat berharap bahasa
melayu tak dipinggirkan..

Salam ukhuwah dari saya
Cikgu Fizik

Cikgu Zack berkata...

Assalamualaikum.Selamat menjalankan ibadah puasa.Didokan semoga kembali pulih sihat saperti sediakala.
Cikgu Mei,saya baru coretkan tentang siapa yang menjadi penentu kejayaan para pelajar.Pentadbir,guru-guru,staff sokongan atau siapa?Mungkin ini boleh jadi panduan sekiranya BENAR.

Maaf tidak berkesempatan menziarahi Cikgu Mei.Salam untuk semua dan cuba dapatkan komen cikgu.

Cikgu Shuhaimi berkata...

terima kasih cg zakaria )cikgu zack)